Tuesday, February 9, 2010

Pengaruh Internet

Setelah membaca blog Cikgu Tuty, kamu semua dikehendaki untuk memberi pendapat kamu tentang soalan-soalan yang diberikan di lelaman ini. Sila gunakan Bahasa Melayu yang lengkap dan jelas.

Selamat mencuba!:)

-Cikgu Badrolhaizat-

17 comments:

Muhammad 'Aqil Bin Nazmi 6G (32) said...

Saya setuju dengan kata-kata cikgu. Dalam dunia siber, kita bercakap dengan rakan-rakan dengan menggunakan bahesa yang pendek. Mungkin, jika memain terlalu lama, kita mungkin terikut-ikut dan dalam peperiksaan, kita tulis dalam bahsa begitu dan ia akan menyebabkan kita untuk gagal. Nasihat saya kepada teman-teman saya ialah imbang dengan dunia siber dan dunia realiti.

E'zzati said...

Saya setuju dangan Cikgu Tuty kerana kalau kita mengunakan talian internet dengan tidak betul, kita akan di dalam sebuah bahaya yang besar. Kita harus berjaga apabila ada di internet, kami juga boleh bersembang dengan rakan-rakan sekolah kita. Tetapi kita tidak harus memberi alamat rumah kita dan sebagainya. Kita harus tahu dunia realiti dan dunia siber itu lain. Nasihat saya kepada kawan-kawan saya ialah, jangan berada di dunia siber telalu lamah kerana kita akan lupahkan dunia yang realiti.

Nur Hazira 6C said...

Saya setuju dengan Cikgu Tuty kerana kita boleh mendapat maklumat penting dari internet dengan mudah . Dengan adanya talian bersembang di internet seperti MSN , kita boleh bersembang dengan kawan secara mudah . Kita boleh memberi pendapat ataupun meluahkan perasaan di talian bersembang internet tanpa harus bersua muka bersamanya .

Aqil Irfan 6H said...

Saya setuju dengan pendapatan cikgu Tuty kerana kita boleh bersembang dengan kawan-kawan kita melalui MSN.Tetapi kita ada kemungkinan yang kita akan terikut-ikut bahasa yang kurang baik yang kita selalu menggunakan di dalam MSN.Internet Juga ada benda yang Berguna seperti mencari maklumat untuk membuat projek yang ditentukan ATAU Kita boleh bermain permainan di internet itu

Muhammad Iqbal 6E said...

Saya rasa apa yang cikgu katakan betul. Dengan adanya internet , kita akan kehilangan adat interaksi dengan orang lain . Walaupun begitu, saya rasa tidak 100% yang begitu. Ada pun yang masih bersembang dan bersua muka dengan kawan -kawan dan ahli keluarga mereka tentang masalah mereka

Muhammad Faiz 6C said...

saya setuju dengan pendapat cikgu Tuty,kemudahan internet penting kerana ia dapat membantu kita untuk mencari maklumat yang berguna,tetapi ada segelintir orang yang mengunakkan internet untuk benda yang tidak berfaedah

altamis 6h AKA jangan baca!!!!!!:$ said...

pada pendaat saya saya rasa apa yang cikgu berkata betulbahawa internet ada halaman yang berguna dan yang tidak membawa faedahnya.satu perkara yang baik tentang internet ialah ia boleh menolong mencari maklumat untuk membuat projek yang diberikan oleh cikgu.satu perkara yang tidak membawa faedahnya kepada internet ialah untuk berambil lagu lagu dari website yang seperti :limewire ,bearshare dan lain-lain

Aishah 6C said...

Saya setuju dengan pendapat cikgu Tuty kerana,walaupun kita boleh bersembang dengan kawan-kawan kita melalui MSN,kita haruslah tetap berwaspada. Ini adalah kerana, kita akan memepelajari perangai yang buruk melalui Internet. Ini juga boleh menyebabkan kita untuk tidah meluangkan masa bersama keluarga kerana terlalu sibuk bersembang di internet.

Ratna 6H said...

Saya setuju dengan kata-kata cikgu bahawa internet sangat berguna untuk mencari pelbagai-bagai maklumat. Tetapi, kalau disalah gunakan, ia akan membawa kita ke tempat-tempat yang kurang memuaskan. Pada pendapat saya, kita haruslah berwaspada apabila menggunakan internet.

Elly Izzati 6H said...

Saya setuju dengan pendapat Cikgu. Intenet diggunakan untuk mencari maklumat dan lain-lain lagi .Internet banyak fungsinya tetapi kita harus berhati-hati kerana ada juga lelaman yang kurang sihat . Kita boleh bersembang dengan kawan-kawan melalui internet tetapi kita tidak harus memberi keterangan peribadi kita kepada orang yang kita tidak kenal di internet .

Muhammad Zikry said...

Internet memang bagus jika tidak salah digunakan.

Zafri 6C ☺☻ said...

Saya setuju dengan kata-kata cikgu Tuty.Dengan menggunakan internet,kita boleh membuat projek, bermain permainan internet, bersembang dengan kawan di talian sembang dan sebagainya.Tetapi ada orang pun membuat internet dengan salah.Mereka memberi tahu alamat mereka kepada orang yang tidak dikenali.Pada pendapat saya,kita harus berwaspada apabila menggunkan internet. ☻☺☻☺☻☺

syafie 6h said...

saya rasa apa yang cikgu tuty katakan itu benar,dengan internet kita kehilangan adat berinteraksi antara satu sama lain.tetapi dengan internet,kita boleh mendapat banyak maklumat yang berfaedah dan boleh digunakan untuk projek ataupun kerja sekolah.internet juga boleh disalahgunakan.jadi kita harus menggunakannya dengan cara yang betul.

suhana 6g said...

Saya setuju dengan cikgu.Walaupun internet banyak berguna,kita harus berhati-hati kerana jika tidak digunakan dengan betul,kita akan dibawa ke lelaman yang tidak sempurna.

Muhammad Haziq 6F said...

Saya setuju dengan pendapat cikgu. Memang ramai orang yang lebih senang untuk meluahkan perasaan mereka dan berkomunikasi di internet. Mungkin dengan cara begini mereka dapat menyembunyikan perasaan sebenar mereka, reaksi dan memek wajah mereka yang sebenar apabila bersembang di internet.Cara mereka berkomunikasi dengan orang pun akan berubah kerana sudah biasa berkomunikasi di MSN dengan bahasa dan ayat yang
tidak teratur seperti "ko"untuk engkau. Tetapi tidak semua orang
begitu. Ada juga yang lebih senang bekomunikasi dengan bersua muka seperti saya. Saya berharap kawan-kawan yang lebih menyukai berinteraksi di internet dapat berfikir dan menapis dahulu pendapat-pendapat atau nasihat yang diberikan dan jangan
ambil bulat-bulat apa yang di katakan.......

sarah6c said...

Saya setuju dengan Cikgu Tuty kerana kanak-kanak suka menggunakan internet sekarang..Namun,kadang-kala mereka tidak tahu apa yang harus dibuat..Kami boleh berada dalam bahaya apabila kite sudah selesa dan berseronok bersembang di internet dan dengan tidak sengaja,kita memberi maklumat peribadi kita..Kita harus berhati-hati di internet kerana kita tidak tahu siapa orangnya dibelakang komputer tersebut..

Nurfarizah 6F said...

Saya setuju dengan kata-kata cikgu.Internet banyak faedahnya tetapi kita harus hati-hati kerana kalau tidak digunakan dengan betul,kita akan dibawa ke lelaman internet yang kurang sempurna. Nasihat saya ialah hati-hati dan fikir dua kali sebelum membuat sesuatu.